W .P. K .L. | Selangor | Melaka | Johor | Pulau Pinang | Kelantan | Terengganu | Perlis | Kedah | Negeri Sembilan | Perak | Sabah | Sarawak | Pahang
  辅士国民型华文小学
SJK (C) PU SZE
董事会 家教协会
校友会 毕业留痕
School Onlie
 
   
 
KARYA MURID 2000
 
作者姓名:*   作者班级:*
 
Hari yang Paling Malang bagi Saya

LEE SIEW CHOO 6A

“Ring……” jam loceng berbunyi. Saya melihat jam menunjukkan pukul 7.30 pagi. Saya segera membasuh muka lalu menukar baju. Selepas itu, saya pun berlari ke perhentian bas. Apabila saya tiba, bas sudah berlalu. Saya ditinggalkan oleh bas. Oleh itu, saya pun berjalan kaki ke sekolah.

Apabila tiba di sekolah, murid-murid sudah mula membaca. Hati saya berdebar-debar apabila berjalan ke bilik darjah saya. Saya mengetuk pintu lalu masuk ke bilik darjah. Semua murid dan guru memandang saya. Rupa-rupanya, saya tersilap memakai kasut. Saya juga dimarahi oleh cikgu kerana datang lewat. Selepas itu, saya balik ke tempat duduk saya. Saya dapati saya terlupa membawa buku latihan. Cikgu memarahi saya dan mendenda saya berdiri. Pada waktu rehat, saya juga dapati wang saku saya tertinggal. Saya berasa sangat lapar kerana tidak makan sarapan.

“Ring….” Loceng berbunyi menandakan waktu pulang. Saya segera berlari pulang ke rumah. Tidak lama kemudian, hujan turun lebat. Oleh sebab saya terlupa membawa payung, badan saya basah-kuyup. Dalam perjalanan, saya terjatuh di tepi jalan kerana jalan licin.

Apabila pulang ke rumah, Saya dimarahi ibu kerana baju saya sangat kotor. Hari itu merupakan hari yang paling malang bagi saya.


--------------------------------------------------------------------------------

Akibat Tidak Mendengar Nasihat

TAN EE HONG 6R

Pada suatu hari, Leong Hock pulang dari sekolah dengan berjalan kaki. Cuaca sangat panas.

Dalam perjalanan, Leong Hock berasa sangat dahaga. Dia terus menuju ke sebuah gerai yang tidak jauh dari situ. Dia pun membeli air sirap. Leong Hock tidak mempedulikan pesanan ibunya.

Gerai itu sangat kotor dan ada banyak lalat. Gerai itu terletak berhampiran dengan tempat pembuangan sampah. Di rumah, dia berasa sakit perut. Kemudian, dia pening dan muntah. Dia tidak memberitahu ibunya kerana takut dimarahi. Ibunya mengetahuinya selepas melihat dia baring di atas katil. Dia dibawa ke hospital dan dirawat oleh doktor.

Doktor menasihatinya agar tidak meminum air yang dijual di gerai yang kotor. Leong Hock berasa menyesal dan berjanji akan mendengar nasihat itu.


--------------------------------------------------------------------------------

Murid yang Berani

TEOH YONG YONG 6P

Pada waktu lepas sekolah, Amri dan ramai orang menunggu bas di perhentian bas. Mereka menunggu agak lama. Ramai orang merungut kerana bas belum tiba.

Selepas dua puluh minit, bas pun tiba. Ramai orang berebut-rebut hendak menaiki bas itu. Apabila Amri menaiki bas itu, bas itu telah penuh sesak dengan penumpang. Amri terpaksa berdiri kerana tiada tempat duduk.

Tiba-tiba, ada seorang lelaki menyeluk saku seorang pemuda untuk mencuri dompetnya. Kejadian itu diperhatikan oleh Amri. Amri pun menjerit untuk memberitahu orang ramai. Dua orang pemuda bekerjasama menangkap penyeluk saku itu dan menghantarnya ke balai polis.

Amri berasa sangat gembira kerana dapat melakukan perbuatan yang baik. Tuan dompet itu mengucapkan terima kasih kepada Amri.


--------------------------------------------------------------------------------

Berkelah

GOH HUI NEE 4K

Pada hari Ahad, saya pergi berkelah bersama keluarga. Kami pergi berkelah di Air Terjun Kota Tinggi.

Kami pergi dengan kereta bapa. Kami bertolak pada pukul 7.00 pagi dan sampai pada pukul 9.00 pagi. Pemandangan di tempat berkelah itu sungguh indah. Ramai orang yang datang berkelah di situ.

Selepas meletakkan barang-barang, saya pun menukar pakaian mandi. Selepas itu, saya mandi bersama keluarga saya. Air di situ sungguh sejuk.

Selepas itu, saya makan bekalan. Pada pukul 12.30 tengah hari, kami pun pulang ke rumah.


--------------------------------------------------------------------------------

Seorang Pemandu Teksi yang Jujur.

WONG SI MIN 6P

Encik Ahmad seorang pemandu teksi yang jujur. Pada suatu hari, dia terlihat sebuah dompet di tempat duduk belakang teksinya. Dia teringat akan seorang penumpang yang menaiki teksinya pada pagi itu. Penumpang itu tergesa-gesa dan memberitahu Encik Ahmad bahawa dia ingin bekerja di Hospital Melaka.

Encik Ahmad pun membuka dompet itu dan mendapati di dalam dompet itu mengandungi wang, kad pengenalan, kad bank, lesen memandu, dan dokumen-dokumen penting. Dia ingin memulangkannya kepada tuan dompet itu. Encik Ahmad mengambil keputusan untuk menyerahkan dompet itu ke balai polis.

Di balai polis, pegawai polis mengambil butiran diri Encik Ahmad dan mengucapkan terima kasih kepadanya.

Selepas seminggu, Encik Ahmad dipanggil semula ke balai polis dan dihadiahi sekeping sijil penghargaan. Encik Ahmad berasa gembira kerana dapat menolong pemilik dompet itu. Sikap Encik Ahmad patut dijadikan teladan.


--------------------------------------------------------------------------------

Mencuri Mangga Pak Cik Wong

LAU CHEE YANG 6R

Pada hari Isnin yang lalu, saya pulang dari sekolah. Dalam perjalanan, saya terlihat pokok mangga Pak Cik Wong yang sudh masak.

Pada waktu petang, saya, Ali, Ahmad, dan Ah Chong ke rumah Pak Cik Wong untuk mendapatkan mangga daripadanya tetapi dia tidak ada di rumah. Oleh itu, kami pun memanjat pokok mangga itu untuk memetik buahnya. Kami makan mangga dengan gembira.

Pada pukul 6.30 petang, Pak Cik Wong pulang ke rumah. Dia terlihat kami lalu memarahi kami. Kawan-kawan segera turun dari pokok itu. Saya pula turun dengan perlahan kerana inilah kali pertama saya memanjat pokok. Apabila saya turun, Pak Cik Wong menangkap saya lalu membawa saya berjumpa penghulu. Penghulu menasihati saya supaya tidak mencuri harta orang lain.

Selepas peristiwa itu, saya meminta maaf daripada Pak Cik Wong. Saya tidak akan mencuri lagi.


--------------------------------------------------------------------------------

Orang Tua yang Baik Hati.

TAN YEE PEI 6R

Jam sudah menunjukkan pukul 7.00 pagi. Ai ling dan adiknya tergesa-gesa hendak pergi ke sekolah.

Dalam perjalanan, hujan turun dengan lebat. Ai Ling berasa susah hati kerana mereka tidak membawa payung. Oleh itu, mereka terpaksa berteduh di sebuah pondok agar tidak kehujanan.

Tiba-tiba, seorang nenek yang tua keluar dari pondok itu. Ai Ling berasa takut. Mereka fikir, nenek itu hendak memarahi mereka. Rupa-rupanya, nenek itu memberikan sekaki payung kepada mereka. Mereka berasa gembiora.

Apabila pulang dari sekolah,Ai Ling dan adiknya pergi semula ke pondok itu. Mereka memulangkan payung kepada nenek itu dan mengucapkan terima kasih kepadanya.


--------------------------------------------------------------------------------

Tahun Baru Cina

WU YING YING 6S

Perayaan Tahun Baru Cina disambut oleh orang Cina. Ai Ling dan keluarganya menyambut Tahun Baru Cina dengan meriah.

Ai Ling menjemput kawan-kawan sekolah iaitu Osman, Raju, Hamid, dan lain-lain ke rumahnya. Mereka mengucapkan Selamat Tahun Baru Cina kepada Ai Ling.

Ai Ling menyediakan kuih-muih, makanan, dan minuman. Mereka menikmati makanan dan minuman yang Ai Ling sediakan. Mereka makan sambil berbual-bual dan bercerita.

Bapa Ai Ling memberi angpau kepada kawan-kawannya. Mereka mengucapkan terima kasih kepada bapa Ai Ling. Selepas itu, mereka pun pulang. Amalan kunjung-mengunjung pada hari-hari perayaan patut digalakkan untuk mengeratkan perpaduan kaum.


--------------------------------------------------------------------------------

Akibat Bermain Lastik

HO WU YAO 5P

Farid seorang budak yang nakal. Dia suka bermain lastik. Farid selalu melastik buah-buahan dan anak-anak burung. Sebab itulah, penduduk kampung sangat marah.

Suatu petang, Farid ternampak sarang burung di atas pokok. Dia pun melastik burung di dalam sarang itu. Farid tidak nampak ada seekor anjing di sebalik pokok itu.Batu yang dilastiknya terkena anjing itu.

Anjing itu pun mengejar Farid. Farid segera berlari dengan kuat. Farid berlari sambil menjerit. Sejak hari itu, Farid berjanji tidak akan bermain lastik lagi.


--------------------------------------------------------------------------------

Keracunan Makanan

LAU XIAO XIAN 6P

Keracunan makanan sering berlaku di sekolah. Punca utamanya ialah termakan makanan yang kotor.

Perkara ini dapat dielakkan jika pihak berkuasa menegaskan peraturan-peraturan kebersihan seperti lantai mesti dibersihkan selalu, longkang tidak tersumbat dan sebagainya.

Kita sendiri mestilah sama-sama mengelakkan masalah ini. Kita mesti memastikan makanan yang dijual tidak terdedah. Tempat menjual makanan itu juga mestilah bersih.

Kita mestilah mementingkan kebersihan persekitaran agar makanan yang dimakan bersih dan kesihatan kita juga akan terjamin.


--------------------------------------------------------------------------------

Pekerjaan Seorang Posmen

LAU XIN YAN 6R

Encik Lim ialah seorang posmen. Dia menunggang motosikal ke pejabat pos tiap-tiap pagi. Sebelum menghantar surat, dia akan mengasingkan surat-surat. Selepas itu, dia akan menghantar surat ke tempat-tempat yang ditetapkan.

Encik Lim menghantar surat mengikut alamat pada sampul surat. Dia memasukkan surat ke dalam peti surat yang berada di pintu pagar. Dia juga terpaksa mendapatkan tandatangan penerima surat jika surat itu surat berdaftar.

Kerja Encik Lim bukanlah mudah kerana dia terpaksa berpanas dan berhujan semasa menjalankan tugasnya. Kerjanya bertambah berat apabila menjelang hari-hari perayaan.

Walaupun pendapatan Encik Lim tidak banyak, dia berasa gembira kerana dapat berkhidmat kepada orang ramai.


--------------------------------------------------------------------------------

Akibat Bermain Api

LEE JITT HOE 4B

Nazrul ialah seorang budak yang degil. Dia sangat suka bermain mancis di dapur.

Pada suatu hari, dia pergi ke dapur untuk bermain mancis. Dia mengambil sehelai kertas dan mancis. Dia membakar kertas itu dengan mancis. Selepas itu, dia membuang kertas ke atas meja. Alas meja terbakar.

Dia menjerit dengan kuat. Ibu Nazrul pun pergi ke dapur untuk melihatnya. Semasa melihat kejadian itu, ibu Nazrul cepat-cepat mengambil baldi untuk menuangkan air dan memadamkan api. Selepas api dipadamkan, ibunya memarahinya. Ibunya pun menasihatinya supaya tidak bermain api lagi.

Nazrul berasa insaf kerana membuat salah.


--------------------------------------------------------------------------------

Suatu Peristiwa yang Menakutkan

LOW PEIR GEN 5A

Saya sedang bersiar-siar di tepi pantai. Tiba-tiba, saya terdengar suara jeritan meminta tolong. Saya melihat ke arah laut. Saya ternampak seorang budak terkapai-kapai di tengah laut. Budak itu hampir mati lemas.

Tanpa berlengah-lengah lagi, saya memberitahu orang ramai yang berada di situ. Seorang pemuda yang berani menanggalkan baju lalu terjun ke dalam laut untuk menyelamatkan budak itu. Beberapa minit kemudian, pemuda itu berjaya mengheret budak itu ke pantai.

Pada ketika itu, budak itu dalam keadaan tidak sedarkan diri. Budak itu diberi pertolongan cemas dengan segera. Tidak lama kemudian, budak itu pun sedar. Mukanya pucat lesi dan badannya menggigil. Dia menangis kerana ketakutan.

Ibu bapa budak itu mengucapkan terima kasih kepada pemuda itu. Mereka bersyukur kerana anak mereka dapat diselamatkan.

Budak itu menyesal kerana tidak mendengar nasihat ibu bapanya. Dia berjanji tidak akan berenang di tempat yang bahaya lagi.

Peristiwa itu memberikan saya satu pengajaran yang baik iaitu kita mestilah mematuhi nasihat ibu bapa.
 
 
 
 
 
马来西亚概况 | 节日 | 文化 | 各行政区
关于未来 | 智力奥秘 | 世界之最 | 十万个为什么 | 最新发明