Home Laporan aktiviti Maklumat asas sekolah Maklumat guru dan staf Pencapaian sekolah Peperiksaan
Maklumat Asas Sekolah

1973
Pembinaan sebuah bangunan 2 tingkat yang mengandungi 4 buah bilik darjah bermula dan projek pembinaan siap pada akhir tahun 1974.

1975
Penubuhan SRJK? Kampung Haji Rahmat di Kampung Kempas Baru. Encik Mok Dai Kuan dilantik sebagai Guru Besar pertama. Pada peringkat awal, hanya terdapat 10 orang guru termasuk Guru Besar dan jumlah murid lebih kurang 200 orang. Pada tahun 1976 sekolah ini ditukar nama kepada SRJK? Kempas Baru.

1979
Oleh sebab bilangan murid semakin bertambah dan mengakibatkan kekurangan bilik darjah, pihak Jemaah Pengurus Sekolah dan PIBG bersama bantuan masyarakat tempatan berjaya mengutip derma untuk membina dua buah bilik darjah. En. Ng Chek Peng menggantikan En. Mok Dai Kuan menjadi Guru Besar sekolah ini.

1980
Sebuah bangunan dan 4 buah bilik darjah dibina untuk menampung murid yang semakin bertambah.

1991
Kebakaran berlaku dan api menjilat bangunan 4 buah bilik darjah. En. Goh Sai Tee dilantik menjadi Guru Besar menggantikan En. Ng Chek Peng yang bersara.

1992

2 buah bilik serbaguna siap dibina. Kementerian memperuntukkan 100 ribu lebih ringgit untuk membina 4 buah bilik darjah. Bangunan ini adalah untuk menggantikan bangunan yang telah musnah akibat kebakaran.

1993

Pihak Sekolah berjaya menubuhkan kelas komputer sumbangan dan bantuan daripada Jemaah Pengurus Sekolah dan PIBG.

1994

En. Lew Ah Hin dilantik sebagai Guru Besar. Pihak sekolah menyambungkan ruangan antara dua buah bilik untuk menjadikan bilik darjah yang tidak mengikut ukuran saiz standard.

1997
Jemaah Pengurus sekolah dan PIBG berganding bahu memungut derma untuk sekolah bagi membeli komputer. Hasil pungutan derma amat menggalakkan dan berjaya meningkatkan kelengkapan makmal komputer secara menyeluruh. Dalam bulan Jun pada tahun ini, Guru Besar Lew Ah Hin dipindah jawatan ke SJKC Li Bo di Segamat. Bekas Guru Besar SJKC Chi Dong Encik Tee Wah Kiaw menggantikan tempat Guru Besar sekolah ini. Oleh sebab bilangan murid sekolah ini semakin meningkat, penambahan bilangan bilik darjah menjadi perkara genting. Setelah banyak kali mesyuarat dan aktiviti pungutan derma, keputusan telah dibuat untuk membina sebuah bangunan bertingkat tiga di lereng bukit di mana empat buah kelas telah dimusnah dalam kebakaran.

2000
Penyempurnaan bilik darjah baru menandakan sekolah ini telah melangkah ke dalam satu era baru. Sebuah bangunan tingkat tiga tersergam indah di atas lereng bukit. Dengan adanya bilik darjah baru, sesi petang tidak diperlukan lagi kerana kecukupan bilik darjah. Semua murid bersekolah pada sesi pagi dan waktu petang dapat dimanfaatkan untuk aktiviti lain seperti kelas tambahan dan kokurikulum.

2001
AJK pembangunan sekolah berpendapat sekolah ini memerlukan sebuah dewan yang merupakan kelengkapan yang tidak kurang pentingnya sejak dulu lagi. Walau bagaimanapun, disebabkan kekurangan ruang sekolah, memilih lokasi yang sesuai untuk pembinaan dewan menjadi perkara yang tidak mudah. Setelah pertimbangan yang wajar, keputusan dibuat untuk membina sebuah dewan di ruang antara bilik darjah lama dan bangunan tingkat tiga.

2002
Kementerian Pelajaran melancarkan rancangan makmal komputer fasa dua. Sebagai sekolah tajaan penuh, SJKC Kempas Baru turut mendapat manfaat.

2003
Makmal komputer baru siap dibina. Kementerian Pelajaran juga membekalkan 21 buah komputer, kelengkapan komputer lain seperti pencetak dan pengimbas untuk sekolah ini. Pada tanggal 11 September, di bawah bantuan Encik Lim Fu Liang dari Persatuan Alumni SJKC Foon Yew, pihak sekolah ini telah menganjurkan Persembahan Tarian dan Nyanyian bertema ¡° Sayangkan Generasi Muda Kita¡± yang dipersembahkan oleh Kolej Tarian Beijing. Pungutan derma yang dibuat daripada aktiviti ini mencapai seratus ribu ringgit Malaysia. Pada 17 November, dewan sekolah berjaya mengadakan upacara pecah tanah secara rasmi untuk memulakan kerja pembinaan. Pada bulan April tahun berikutnya, dewan sekolah siap dibina.

2004
Pada 4 Mei , Guru Besar Encik Tee Wah Kiaw bersara. Guru Besar Puan Soon Thian Hong mengambil alih tempat sebagai pemimpin sekolah ini.

 

Copyright © 2007 SJK(C) Kempas Baru All rights reserved.