Home Laporan aktiviti Maklumat asas sekolah Maklumat guru dan staf Pencapaian sekolah Peperiksaan

Makmal komputer SJK

Makmal komputer SJK(C) Kempas Baru telah diserah milik kepada SJK(C)Kempas Baru pada 24 April 2003. Makmal ini dilengkapi dengan 20 buah komputer pelajar dan sebuah komputer guru.

Makmal komputer ini juga dilengkapi dengan Projektor LCD termasuk skrin dan ¡®Laser Pointer¡¯. Kemudahan ini disediakan untuk memudahkan guru untuk menjalankan proses pengajaran dan pemelajaran (P&P) di dalam kelas.

Penggunaan makmal komputer ini juga adalah untuk meningkatkan kadar literasi murid-murid iaitu untuk meningkatkan kemahiran menulis dan membaca di kalangan murid-murid sekolah ini. Selain itu makmal komputer ini juga dilengkapi dengan kemudahan jaringan schoolnet. Schoolnet adalah satu program yang dapat memudahkan guru-guru dan murid-murid mencari dan mendapatkan pelbagai maklumat melalui internet. Schoolnet ini mempunyai ciri-ciri pengurusan, keselamatan dan capaian aplikasi internet yang baik.

Selain untuk kegunaan murid-murid, makmal komputer ini juga dimanfaatkan oleh guru-guru untuk menjalankan kursus-kursus dalaman, disediakan juga dua buah komputer dan dua buah printer untuk guru-guru menjalankan kerja-kerja menaip dan mencetak. Makmal komputer ini dikelola oleh tujuh orang guru, ini bertujun untuk memastikan makmal komputer ini boleh berfungsi dan berada dalam keadaan yang baik.

Copyright © 2007 SJK(C) Kempas Baru All rights reserved.