|
Panitia
Penasihat : Pn
Soon Thian Hong (Guru Besar)
Pengerusi : Pn. Ng Chun Eng (GPK1)
Ketua Panitia : Cik Lee Cheow Yin
Setiausaha : Pn. Han Peck Siew
AJK : Cik Tan Chew Yeen , En. Lee Wei Hong , Cik Ku Hui Hoon
, Pn. Lee Sock Cein
Persatuan Pendidikan
Sivik Dan Kewarganegaraan
bertubuh selama tiga
tahun lamanya.Persatuan ini terdiri daripada murid-murid Tahun 4,Tahun
5 dan Tahun 6.Berbanding dengan tahun-tahun yang lepas , bilangan
murid dalam persatuan ini telah bertambah sehingga seratus lebih
orang.Manakala,guru-guru yang mengajar Pendidikan Sivik Dan Kewarganegaraan
pun bertambah dari 2 orang ke 6 orang.
Objektif pertubuhan Persatuan
Sivik Dan Kewarganegaraan ialah untuk memupuk sikap sivik pada murid.Ini
adalah supaya murid-murid dapat menjadi seorang insan yang berkelakuan
baik ,bersikap mulia dan bermoral tinggi.Seterusnya , murid-murid
dapat menyumbangkan jasa baik mereka terhadap masyarakat dan negara.
Di samping itu , Persatuan
Sivik Dan Kewarganegaraan telah menjalankan beberapa jenis aktiviti
, seperti Buku Skrap Pendidikan Sivik Dan Kewarganegaraan , Kraftangan
dan lain-lain.Dalam proses menjalankan aktiviti-aktiviti tersebut
, murid-murid dapat belajar tentang bagaimana untuk menjalankan
proses membuat buku skrap dan kraftangan.Selain itu , aktiviti-aktiviti
ini dapat memupuk kebolehan murid mengumpulkan maklumat dan mengcungkilkan
kekreatifan pada murid.Murid-murid juga menyertai aktiviti dengan
penuh berminat dan bersungguh-sungguh.
Akhirnya , kerjasama
di kalangan guru-guru dan murid-murid sangat dialu-alukan untuk
menjayakan segala aktiviti yang dilaksanakan.Sekian , terima kasih.
|