一年级 二年级
三年级 四年级
五年级 六年级
一年级 二年级
三年级 四年级
五年级 六年级
一年级 二年级
三年级 四年级
五年级 六年级
一年级 二年级
三年级 四年级
五年级 六年级
四年级 五年级
六年级  

 

 
五年级 -- 国文试题
 
 
1. Pilih tanda baca yang betul.

Barangan yang dijual di pasar malam, ialah barang-barang keperluan dapur, kuih-muih, dan pakaian.
Barangan yang dijual di pasar malam ialah barang-barang kepertuan dapur, kuih-muih, dan pakaian.
Barangan yang dijual di pasar malam ialah, barang-barang keperluan dapur, kuih-muih, dan pakaian.
Barangan yang dijual di pasar malam ialah barang-barang keperluan dapur, kuih-muih dan pakaian.

2. " Jika ada ________ masalah, sila berbincang dengan ibu bapa," nasihat Cikgu Tan.

bila-bila
siapa-siapa
mana-mana
apa-apa

3. Yong akan datang menjemput ahli keluarganya ke rumah kediamannya di Singapura pada ________ masa sahaja dari sekarang.

mana-mana
apa-apa
siapa-siapa
bila-bila

4. "Kami menerima pinangan ini dengan tangan terbuka, ____," kata wakil pihak perempaun.

kecil jangan disangka anak, besar jangan disangka bapa
kecil api menjadi kawan, besar menjadi lawan
kecil tapak tangan, nyiru ditadahkan
kecil-kecil anak, sudah besar menjadi anak

5. Pilih susunan ayat yang mengikut urutan yang betul. I Sebaliknya, dia berasa gembira kerana peperiksaan itulah yang akan menentukan masa depannya. II Samuel yang sudah membuat persiapan tidak merasa gentar. III Apabila menerima keputusan peperiksaan, Samuel melompat gembira kerana dia telah berjaya. IV Peperiksaan akhir tahun hampir tiba.

III, I, II dan IV
IV, II, III dan I
I, II, III dan IV
IV, II, I dan III

6. Budak-budak lelaki yang duduk di tempat penonton itu kesemuanya ____. Sebab itu mereka menjadi penonton sahaja.

langkah seribu
kaki lima
kaki bangku
langkah kanan

7. Datuk May Wan sudah tua ________ masih kuat.

tetapi
sejak
atau
kerana

8. Katy berjanji untuk berjumpa dengan kawannya di ____ pejabat pos.

tengah
sisi
hadapan
pinggir

9. Pilih antonim yang betul.

bertemu x berjumpa
obor x suluh
kampung x bandar
seteru x lawan

10. Meng Hwa memukul adik ________ yang nakal itu.

cik
kita
nya
anda

11. ________ menunggu padi masak, petani akan membuat kerja-kerja lain.

Sementara
Semenjak
Kerana
Walaupun

12. Encik Rahman ____ menjalani pembedahan di perut dua tahun yang lalu.

harus
masih
akan
telah

13. Kucing yang manja selalu ____ badannya ke kaki tuannya.

mula-mula
merayau-rayau
kuda-kuda
menggesel-geselkan

14. Pilih sinonim yang betul bagi perkataan bergaris. Tali persahabatan kedua keluarga itu sangat erat.

renggang
rapat
jemu
longgar

15. Pilih ayat yang menggunakan perkataan bergaris dengan betul.

Cubalah rasa masakan Korea ini.
Saya rasa pelik dengan perubahan sikapnya.
Siew Lee meluahkan rasa nya yang terpendam sejak dulu lagi.
Dia tidak pernah rasa kesusahan ini.

16. Dia sudah ________ dengan kerja salin-menyalin.

malas
jemu
penat
basi

17. Emak mencuci pakaian setiap hari ________ bersih.

untuk
supaya
bagi
agar

18. Perjalanan dari rumah ________ ke rumah saya mengambil masa lebih kurang dua puluh minit.

nya
kami
kita
dia

19. Anita mencurahkan ____nya kepada rakan karibnya.

isi hati
banyak lemak
alim-alim kucing
gelagar buluh

20. Pilih tanda baca yang betul.

Kini dia sudah berjaya mencapai markah tertinggi, iaitu: 260 markah.
Kini, dia sudah berjaya mencapai markah tertinggi; iaitu 260 markah.
Kini, dia sudah berjaya mencapai markah tertinggi iaitu, 260 markah.
Kini, dia sudah berjaya mencapai markah tertinggi iaitu 260 markah.